Wednesday, October 31, 2012

TEmbak MenemBAk..

Assalamualaikum...

TAjuk N3 KAli ni asa takut plak kan. Cik Yla just nk sharing apa yang berlaku di kampung cik Yla pagi td jer. Ada satu kes kjadian tembak menembak antara polis dengan perompak. 

Cik yla xtahu jgak kisah sebenarnya.. tahu pun dari orang lain jgak, Kejadian rompakan berlaku dkt masjid semasa pemandu Myvi berhenti solat subuh, manakala isteri dan anaknya berada dalam kereta. Tyme tu lah perompak tuh ketuk cermin kereta, isteri pemandu tu turun dan tidak sempat mengambil anaknya. Perompak tuh terus melarikan kereta dan budak lelaki lam kete tu yang berumur lebih kurang 2 tahun. 

Dengar cerita penjenayah ni adalah penjenayah yang diburu polis disebabkan kes di Paloh Gua Musang semalam. Kes tembak menembak jgak tuh.. Aiiyyoooo scary skang ni. Macam2 boleh berlaku.. Dulu lau dgar kjadian mcm ni kat KL, biasa jer.. tapi bila kat kampung sendiri asa takut plak. Hope kpd semua orang berhati-hatilah walau di mana kita berada. 

Ni gambar budak cute miut yang berada dalam kereta tuh. cerdik jer budak ni. Ni masa Cik Yla p hOspital Machang. Sempat jugak amik pic budak ni.. Alhamdulillah dye selamat. Mesti trauma kan..

 Ni lah kanak-kanak yg berada dlm kete tuh. Semua org puji budak ni. Cerdik.. Alhamdulillah dye selamat.

Ni semasa penjenayah yang kna tembak.

okeh kepada sesape yang nak tahu secara detail lagi boleh lah dengar berita kat tv malam ni yer. 
 kat bawah ni ada link sal kejadian td.




notakaki : jaga diri, jaga anak , jaga harta benda dan jaga keselamatan walaupun di mana jua anda berada. okeh bebeh sesamalah kita berdoa kesejahteraan negara kita. 


Sunday, October 21, 2012

♥ ♥ GELOMbang MERah ♥ ♥

 Salam Gelombang merah...
Alhamdulillah tahun 2012 memberi senyuman, kemenangan dan kesyukuran kerana Kelantan mencipta nama lagi dalam Piala Malaysia 2012. TRW vs ATM memang sengit kerana kedua2 pasukan mempunyai kehebatan masing2. Alhamdulillah semlaam Kelantan yang menang. Rezeki kami. Cik Yla p Stadium shah Alam dengan kengkawan semalam tapi xjumpa pun orang yang kenal dalam ribuan penyokong TRW. adushhh sungguh ramai semalam. Sesak dengan Gelombang Merah.. Yepppiee Matyo dan Indra telah menjaringkan gol dan menaikkan nama Kelantan lagi. Jika tengok perlawanan semalam memang ada banyak peluang TRW untuk menjaringkan gol, tapi pertahanan ATM yang cukup hebat membuatkan PAsukan TRW tekanan.. hihihi..Berbaloi lah kan orang2 Kelantan yang datang dari kampung masing2 hanya untuk meyokong pasukan negeri berlawan.. menang ke tidak xmenjadi masalah. Yang penting semangat dari kami.. Tapi ada jugak x sedap didengar..orang yang mencaci, menghina rakyat Kelantan.. tapi xpelah kami bersatu demi negeri kami.. 

Ok, Kat bAwah ni kenangan Cik Yla kat Stadium semalam.

 Sebelum p Stadium, melahap dunkin donut dulu....




 Suasana di luar Stadium sebelum bermualnya perlawanan..Mak oii ramai giler orang.

 "Abang, pinjam motor jap, nak amik gambar" 
alih2 dgn tuannya sekali yang bergambar.. tapi terbaik lah.. BobBy Burger nama motor ni k.

 Ce teka yang mana satu tangan Cik Yla

 Gelombang merah..Ribuan penyokong Kelantan yang setia menunggu walaupun dalam keadaan hujan..terbaekkkk

 sebelum perlawanan bermula..ni dalam kol 6.00 petang tapi dah ramai dah kan..semangat katakan.

 GeLAgat penYokoNG TRW..

 kami berlima

 Yeayyyy Kelantan menang.. akhirnya juara Piala Malaysia 2012 milik TRW..

 Semangat kami setelah menang.. semua duk berdiri atas kerusi..yeayyy

 Tengoklah tempat duduk ATM tuh.. perlawanan x habis lagi tapi dah ramai tinggalkan stadium.. Mungkin dorang x sanggup nak tengok sorakan gelomBang Merah..

Ok..CIk yLa dgn Beyba.. Masa ni nak balik dah..tapi kete x leh nak kuar lagi sbb jalan jem.


SemoGa TRW sentiasa mencapai kemenangan pada masa akan datang. Tahniah kepada pemain-pemain Kelantan yang sentiasa berjuang untuk memiliki kemenangan.. Syabas dan Tahniah!! Kami sayang TRW.

Friday, October 19, 2012

Seminggu yang lalu..........

hai..hai...haii..pemalasnya cik yla kan.. Baca tajuk N3 pon korang dah taw kan.. cerita basi..tapi xpe, Cik Yla tetap nak meng update kan blog yang shumell ni..ahakss.. kat sini cik Yla upload pic masa p tengok perlawanan bola Piala Malaysia separuh akhir kat Stadium Shah Alam. Kelantan (TRW) vs Selangor..




 Cik Yla p dgn kawan masa sekolah dulu. Namanya Mell Mawar Alaisyah..Ni nama glamornya sekarang.. Nama masa sekolah dulu Ema je..hehhehee..Tapi skang dah bertukar menjadi Mell. Apa pun x kisah lah nk panggil apa pun, asalkan si Mell ni xsombong. Masih ingat kat cik Yla lagi walaupun dah jadi model..hehehhe. Masa kami p stadium ni, ramai sangat orang dari Kelantan..Dahlah kami berdua ni p lewat, nak masuk tiket pun xde..Last2 beli jer tiket yang Selangor punya..huhu. Asalkan dapat masuk stadium walaupun lewat.. Xrugi datang sbb akhirnya Kelantan menang. Fuhhhh puas hati tol..sampai duk berdiri atas kerusi.. nak uat camne orang depan duk berdiri semua, so apa lagi...... ngeeeeee

  Korang namapak x laki yang x berbaju tuh. Hah tu lah si Ghaddar yanggolkan jaringan pertama.

 Ni pulak penyokong TRW..kat atas kosong sbb x blh naik.limit jer.

 Kegembiraan kami berdua setelah TRW menewaskan Selangor..Yippeeeeee menang.!!

 
 Masa perlawanan tamat, nak kuar stadium terserempak budak ni, cute sngat adik ni.. dengan pakai serba merah..semangatnya..nanti adik ni nak dapat baby sbb maknya preggy.. tapi semangat tgok bola..Caya lah.Ramai taw orang amik pic adik ni. Mungkin ke'cute' tannya kot..
.
              ni suasana gerai yang menjual baju/jersi. Setelah TRW menang so ramailah yg beli baju baru tuk tgok perlawanan akhir nanti.


Alhamdulillah...TRW dapat ke Final..walaupun akan bertemu ATM yang agak mencabar tapi diharapkan TRW menang. tapi jika ditakdirkan x menang cik Yla tetap gembira sbb Kelantan telah menunjukkan kehebatannya sehingga dapat ke final.

bertemu esok di Stadium Shah Alam pulak yer...
Gomo Kelate Gomo!!!

Friday, October 12, 2012

Alhamdulillah, saya dah bergelar graduan !!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah cukup seminggu cik Yla bergelar Graduan..(heheheh baru nk 'updatekan blog setelah seminggu..pemalas tol kan.).. Tahniah untuk diri sendiri dan kawan2 cik Yla yang lain di mana telah dapat menamatkan pengajian masing2. Setelah 4 tahun mengerah otak, terkejar situ sini tuk siapkan assgmen, akhirnya cik Yla dah berjaya memegang segulung Ijazah.. UM is One, UM sentiasa di hatiku... Banyak kenangan manis dan pahit selama bergelar mahasiswa di Universiti Malaya ini. Di sini juga tempat aku mengenal siapa diriku ini, di sini juga tempat mengenal erti kehidupan dan di sini juga mengenal erti pengorbanan.. Terima kasih kepada semua terutamanya my family, my siblings, my lecturer, my teacher, my BFF, my friends dan kepada semualah yang mengenali cik Yla ini. Terima kasih di atas dorongan, nasihat dan sebagainya.. 

Masa nak nek stage punyalah berdebar2..tapi apabila tamat, asa cam nak naik lagi sekali jer.. Memang betol org kata semasa nk ambil segulung Ijazah di atas stage xsampai 5 minit pon..tp itulah kejayaan selama 4 tahun berkorban.Cik Yla asa terharu sangat dan terkejut apabila turun dari stage, ada orang hulurkan sekuntum bunga. Agak terkejut, tapi apabila beliau ucapkan Congratulation, terus lebar senyumanku..Sayang sangat kat Prof Dr. Haslee. Pensyarah yang sangat disayangi ramai oleh student. Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Family Cik Yla semua datang masa konvo kecuali seorang abang dengan kakak yang x dapat hadir. 3 orang abag yang lain datang bersama my ad n mom.. Love u all. thanks sbb dtang.. Setelah habis belajar ni asa rindu plak yer.. duk berkira2 lagi ni nak smbung master ataupun x. Keje pun xde lagi neh..Ayoyoyo.. kna pk keje plak..Doakan Cik Yla dapat keje dengan cepat yer.. Okeh kat bawah ni pic2 semasa hari konvo dan selepas konvo di mana cik Yla amik pic outdoor..chewahh..hehehehe.

  
 ni je ada pic bersama my parent.. pic lain duk dgn abang.
 X sempat nak amik ari tuh..

 pic ni selepas konvokesen..Sesaje p amic pic sebelum anta jubah.

 Depan Dewan Tunku Canselor(DTC). 

 ok tgok 'cik tag' saya. Cute x.. Hadiah dr bff..TQ Carey Mah.




 gambar2 kat atas ni posing kat Putrajaya okeh.Ni lah Carey Mah yang tlg snap my pic..
 trima kasih banyak2 yer Mah. Jasamu dikenang..hikhik

Pic yg paling Cik Yla suka..

Ok, sekian sudah n3 kali ni.. Ni lah kenangan terindah 2012.Alhamdulillah..Semoga Allah sentiasa memberi rezeki dan merahmati hambaNya ini. Amin..

Monday, October 8, 2012

Moga dipermudahkan segalanya......

Assalamualaikum wbt...

Cik Yla just nak share dengan pembaca tentang seorang yang dikagumi oleh orang ramai di negara kita ni.. Kenal tak En. Kamal Affandi Hashim. Seorang Penganalisis Jenayah.. Ok kat sini Cik Yla copy & paste dari blog Bersama Mazidul.

Selama ini En. Kamal Affandi ada penyakit yang tidak disedarinya..dugaan yang perlu dihadapi oleh beliau.. iaitu Arteriovenous malformation (AVM). Apa itu AVM?

"Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala," jelasnya.

Klik di sini untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai AVM.

Kepada rakan, sahabat, kenalan dan pembaca blog berhasrat untuk membantu mengumpulkan wang lebih RM40,000 itu bolehlah menghulurkan sumbangan ikhlas untuk meringankan beban dan tuntutan ditanggung oleh beliau. Berikut nombor akaun bank En.Kamal Affandi Hashim.



Public Bank 4007 85 2927.
Sumbangan kita, banyak atau sedikit, InsyaAllah bakal meringankan beban ditanggungnya.

Cerita lanjut sila klik di sini.

Semga tangan yang menghulur dapat meringankan beban beliau, InsyaAllah.Moga Allah permudahkan segala nya. Semoga beliau sentiasa sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.


Kenangan Cik Yla bersama En Kamal Affandi Hashim di INTEC Shah Alam (Mac 2012). Semasa amik pic ni pom sempat lagi En Kamal bergurau sbb warna baju hampir sama dengan beliau.. Memang cik Yla suka cara En Kamal memberi talk dan beliau seorang yang tidak sombong. Semoga Allah permudahkan urusannya. amin.