Sunday, September 23, 2012

Agar-agar ExOLa

Meh sini cik Yla nak kongsi respi agar2 Exola..Cik Yla buatkan agar-agar ni untuk my Mom..Semalam masa berthday dye, cik yla xbeli n xbuat cake pom, so duk saje-saje kat umah, asa lah nk buat agar-agar ni.. special for my mom..huhuhu..

Bahan-bahan :


  • 2 paket agar-agar serbuk ( untuk buat agar-agar ni x habis pon 2 paket ni)
  • 1 tin susu cair
  • 4 cawan susu segar ( x habis pun1 kotak fresh milk)
  • 3 cawan gula
  • 2 sudu besar serbuk koko/milo
  • Esen vanila
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Pewarna merah
  • 3 ½ cawan air
Cara Menyediakan :
  1. Mula-mula kita buatkan agar-agar koko dahulu. Senang jer, masukkan 1 cawan susu cair, 1 cawan susu segar, 1/4 cawan gulan, 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu besar serbuk agar-agar.Didihkan dan masukkan dalam acuan.

2. Setelah sejuk dan keras, kita potongkan kecil. Ikut suka hatilah nk potong camne pun.


3. Kemudian, kita buat pula adunan nombor 2, iaitu agar2 bewarna merah. Ambilkan 1 sudu besar agar2, 1  cawan susu cair, 3 sudu besar susu pekat, dan 1 cawan air. Jangan lupa yer bubuhkan pewarna merah, lau xnak buat agar2 yang berwarna merah, bubuhkan pewarna lain pon boleh, ikut suka hatilah. Lepas tu masukkan 1/2 cawan gula. Jika xsuka manis kurangkan gula. Didihkan dan masuk ke dalam acuan. Setelah keras, potong kecil dan ketepikan.


4. Agar-agar koko tadi  yang telah dipotong letakkan di dalam acuan.

5. Untuk membuat lapisan susu, kita masukkan 1 sudu besar serbuk agar2 bersama 2 cawan susu segar dan sedikit esen vanilla. Didihkan. Xpayah masukkan gula sbb agar2 koko tadi dah manis.Setelah itu, tuangkan ke dalam acuan yang berisi agar2 koko yang telah dipotong tadi. Biarkan ia keras.

6. Apabila sudah keras, garukan permukaannya dengan garfu. Setelah itu masukkan agar2 yang berwarna merah yang telah dipotong ke ats permukaannya.



7. Selepas itu, kita buat pula untuk lapisan ke dua.(Agar2 jernih). Masukkan 2 ½ cawan air dengan 1 ¼ sudu besar serbuk agar2 serta 1 cawan gula. Didihkan. Tuangkan agar2 jernih ini di dalam acuan yang sama tadi.Biarkan ia keras. 
( kurangkan gula pun xpe, cik Yla sukat td xsampai 1 cwn pon. Cik Yla xsuka manis)


Tarraaaaaaaaaaaa... dah siap dah Agar-agar Exola ni.. nyum nyum nyum.... inilah hasilnya!! Apabila dah keras korang terbalikkan lau nak tgok hasilnya.. Lebih cantik jika gunakan bekas/loyang/acuan bulat. Nampak je susah dan rumit nak buat sbb banyak step kan., tp bila dah buat kejap jer..sodap pun sodap.. Special for my luvly mOm!!



So..inilah hasilnya.. Selamat Mencuba!!






2 comments:

  1. rajinyoo mu buat beledo hok bnyok step gini,kalu v katku jd gapo xtahu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ji, kejap je buat..nak tggu keras satu satu bukannya lama pom..sambil berbual ng ma aku,xrasa sngat lamanya..hehehhehe..try lah buat..

      Delete