kalau tidak boleh menggembirakan hati orang yang berduka, jangan ditambah laranya''
Assalamualaikum..wbt.
TAdi cik Yla ada baca sharing dr FB Dr. Fauziah Mohd Noor. Sedih je baca nukilan dari Dr ni. Bila membaca dan berfikir balik, memang betul katanya.. isteri lebih banyak bekerja daripada suami. So kepada orang luar di sana jangan sesekali menghina, mengeji dan mengata kepada wanita2 yang telah menjadi janda, yang telah bercerai atau kematian suami dan ingin bernikah semula. Sebelum nak mengata, fikir2kanlah dahulu. Setiap manusia x sempurna, so kita sebagai umatNya, berdoalah sesama kita semoga setiap kita lalui dalam kehidupan ini sentiasa diredhai Allah.
Okeh kat bawah ni cik Yla copy n paste dari FB Dr. Fauziah.. Selamat membaca!!
Kenapa rushing nak nikah? Sedapnya mulut bercakap."
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak saya memberitahu rakan2 FB
saya bahawa saya adalah seorang ibu tunggal sejak 4hb Julai 2011 dan
akan bernikah dengan insan pilihan saya pada 10-11-2012 ini, saya
dihujani dengan berbagai2 soalan. Ada yang bertanya, 'macamana kenal
dengan bakal suami?", "berapa lama u kenal bakal suami?", "tak serik ka
dengan lelaki?" dan soalan paling hebat dan menghiris hati saya ialah
soalan, "kenapa rushing nak nikah? kalau u boleh bersabar 20 tahun,
takkan u tak boleh bersabar setahun dua lagi.?"
Biar saya jawab
dengan ikhlas dan saya mulakan dengan kalimah DEMI ALLAH..apa yang saya
tuliskan ini adalah benar belaka. Pernikahan pertama saya adalah ketika
saya berusia 23 tahun dan masih menuntut di Akademi Islam Uni.Malaya
(1987-1991). Saya mengenali bekas suami saya melalui Ketua Pendaftar
Mahkamah Syariah w.persekutuan waktu itu, Ustaz Mohamad Ibrahim. Ustaz
Mohamad Ibrahim yang kini bergelar Dato' dan bertugas di Melaka yang
menjodohkan saya dan bekas suami yg merupakan kawannya di fakulti
pengajian Islam, ukm.
seminggu mengenali dia, saya bersetuju
untuk bertunang tapi dengan dua syarat yang dipersetujuinya. Pertama,
dia mesti membenarkan saya menyambung pelajaran hingga ke peringkat phd
kerana sudah ada cita-cita mahu menjadi pensyarah. keduanya, mesti
membenarkan saya bekerja untuk meringankan beban keluarga saya yang
miskin. Seminggu berkenalan, sebulan bertunang dan kmudiannya menikah
dengan restu kedua-dua keluarga. Semasa bertunang selama sebulan tu,
saya tidak pernah keluar dengan tunang saya. dan saya hanya hanya
mengenali sikap dan sifat bekas suami saya hanya selepas bernikah.
begitu juga dengan sikap dan sifat ahli keluarganya.
Kalau nak
dikatakan rushing bernikah dan tidak kenal betul2 bekas suami saya,
perkara tu dah berlaku ketika saya berusia 23 tahun. dan alhamdulillah
perkahwinan saya bertahan selama 20 tahun dan dikurniakan 5 orang anak, 2
perempuan dan 3 org lelaki. Ramai yang berkata, anak dah 5 pun kata tak
bahagia lagi? Kalau jumlah anak dihadikan kayu ukur kebahagiaan sebuah
rumahtangga, maka kita tersilap besar. Kenapa? kerana ada perbezaan
diantara kebahagiaan dan ketaatan. sorang isteri yang taat akan tetap
mentaati suaminya walaupun di dalam hati terluka dengan sikap suaminya.
Seorang isteri akan tetap melahirkan anak2 walaupun si suami tidak
pernah memberikan apa-apa hadiah kepadanya yang telah bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak2 kerana anak2 itu sendiri adalah hadiah
paling istimewa kepada seorang ibu.
Mereka yang tidak
mengetahui kisah hidup saya sebagai isteri dan ibu kepada 5 orang
chayamata memang boleh bercakap ikut sedap mulut dan mengatakan saya
rushing nak bernikah semula. tapi mereka tidak tahu dan tidak faham,
kenapa saya nak bernikah lain hanya selepas setahun lebih menjadi ibu
tunggal atau janda 5 orang anak.
Mereka yang bercakap ikut
sedap mulut ini tidak tahu bahawa saya sudah menjalani hidup sebagai
seorang ibu tunggal sejak tahun 1993. Tahun saya mendpaat ijazah sarjana
dan mendapat lesen kereta. sejak 1993, saya memandu kereta seorang diri
ke sana dan kesini. Saya hanya menjadi menumpang di sebelah pemandu
ketika pulang beraya di kampung saya dan kampung bekas suami. Sepanjang
menjadi isteri kepada bekas suami saya selama 20 tahun, setiap kali
saya mengandung, saya yang memandu kereta untuk ke klinik untuk
mendapatkan rawatan dan melakukan pemeriksaan. Bekas suami hanya
menghantar saya ke hospital pada hari saya nak bersalin dan hari nak
mebawa pulang saya dan bayi saya ke rumah. Saya tidak pernah meminta
bekas suami menghantar saya ke hospital kerana saya tahu dia sibuk
dengan kerja2nya. Hinggakan ketika adik lelaki saya yang sakit sawan
hendak ebrjumpa Dr pakar di Hospital Pulau Pinang, saya yang memandu
kereta bersama anak2 yang masih kecil. saya yang memandu kereta walaupun
perut sudah sarat 7 bulan waktu itu. Perlukah saya meminta ihsan
seorang suami atau menjadi kewajipan dia membantu saya?
Dari
anak2 kecil hingga besar, saya menguruskan anak2 dengan tangan saya
sendiri. Dari menghantar ke nursery atau rumah pengasuh hinggalah
mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Saya jugalah yang menghantar
anak2 lelaki ke msjid untuk bersolat jumaat dn mengambil mereka sebelum
balik semula ke pejabat saya di UIA. Bila anak2 demam dan tidak
kesekolah, saya tidak pernah meminta bekas suami ambil cuti untuk jaga
anak2. Saya yang menjaga mereka dan adakalanya membawa anak2 ke pejabat
saya. Memberi mereka ubat demam sebelum berkejar ke kelas.
ketika Allahyarhamha emak saya sakit dan tinggal bersama saya di Gombak,
saya yang membawa emak setiap hari ke pusat rawatan untuk mencuci luka
kaki emak saya. Tidak pernah saya meminta bekas suami untuk membawa emak
saya ke klinik, kecuali dua kali kerana saya sibuk memasak di dapur.
Dan ketika saya membawa emak saya berubat, pernah ada lelaki bertanya,
"kak, kenapa tak minta suami kak tolong bawa emak akak datang berubat?"
Dan saya hanya menjawab, "Dia kerja tak dapat tolong akak".
Bila anak2 tinggal di asrama, saya yang menjenguk mereka setiap minggu
without fail. cuma kdang2 saya meminta dia menjenguk anak2 ketika saya
terasa amat penat. Tahu tak kenapa saya ceritakan semua ini? saya nak
memberitahu mereka yang bertanya kenapa rushing nak nikah semula, "Saya
sudah terlalu penat hidup seperti seorang ibu tunggal atau janda sejak
sejak 20 tahun yang lalu. Saya sudah terlalu lelah....hinggakan ada
masanya saya terasa ingin memejamkan mata untuk berehat selama2nya. Tapi
demi anak2, saya kuatkan juga hati, kuatkan juga semangat dengan
berbekalkan zikir, Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil
'azim".
Saya perlukan teman hidup bukan saja untuk
menghilangkan kesunyian, tapi saya perlukan seorang suami yang dapat
dijadikan tempat bergantung harap. bukannya seorang suami yang hanya
yang memerlukan saya di waktu malam sahaja. Saya memang rushing nak
bernikah semula sebab saya tidak tahu, berapa lama saya akan hidup. dan
saya sudah amat lelah. Kepada mereka yang berkata kepada saya, kenapa
rushing nak menikah , bolehkah anda datang membantu saya, tolong memandu
untuk saya yang sudah lelah ini? Boleh tolong ambil anak2 saya di
asrama termasuk di RAub setiap kali mereka akan bercuti panjang.?
Saya tidak memerlukan suami yang kaya raya...kerana saya wanita yang
makan pakainya adalah seperti seorang wanita biasa. saya menolak hajat
bekas suami yang ingin bernikah semula dengan saya kerana saya tidak
perlukan seorang suami yang sibuk sebagai Ketua Penolong pengarah di
sebuah jabatan kerajaan di LABUAN. Saya hanya mahukan seorang suami yang
boleh menjaga saya dan anak2 sperti menjaga dirinya sendiri. Saya hanya
mahukan teman berbual dan bercerita, bukannya suami yang hanya balik
rumah sebulan sekali.
Jadi kepada mereka yang tidak faham
kesusahan saya dan masalah saya selama ini, harap jagalah lidah anda
bila bercakap dengan ibu2 tunggal atau janda seperti saya. Anda mungkin
tidak pernah rasa dan tidak pernah lalui apa yang saya dan mereka rasa.
kami ibu2 tunggal tidak perlukan simpati anda, cukup kalau anda
mempunyai EMPATI...letakkan diri anda di tempat kami sebelum menghukum
kami sebagai wanita yang gatal dan tak sabar2 nak bernikah lain. jangan
sampai cemuhan anda kepada insan2 seperti saya, menjadi doa untuk anak2
perempuan kalian pula.
"kalau tidak boleh menggembirakan hati orang yang berduka, jangan ditambah laranya.'
wassalam,
Dr/madam Fauziah.
p/s : tersentuh bc real story ni kan.. :)
No comments:
Post a Comment