Tuesday, January 31, 2012

perginya seorang tokoh kaunseling..


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...
al-fatihah....

perginya seorang tokoh kaunseling yang terunggul di negara ni..(allahyarham Prof Dr Suradi Salim) bberapa minit yang lepas. Pg td baru cik Yla bca post dr fesbuk mngatakn prof berada d PPUM. Xdijangka beliau meninggalkan kami semua.. Allah lebih menyayangi Allahyarham.
Semoga allahyarham damai  di sana dan dtempatkan dlm kalangan yang beriman. beliau bnyak berjasa untuk agama dan ank bngsanya yang menyebarkan ilmu kaunseling. Cik Yla berasa amt bertuah krn smpat mengenali Allahyarham dan bbngga krn mjd anak didiknya...jasa beliau akn kukenang smpai bila2. amin.

Moga Allah merahmatinya selalu..al-fatihah...

< serba sdikit tntang Allahyarham Profesor Dr. Suradi Salim >




Beliau merupakan seorang profesor dalam bidang Psikologi dan Kaunseling di Universiti Malaya (UM) yang pakar dalam bidang Penyeliaan Kaunsleor, Perkembangan Psikologi, kesihatan mental, kaunseling kerjaya, pengukuran psikologi, dan psikologi intervensi.Beliau telah bnyak menerbitkan penulisan akademik.

Allahyarham merupakan seorang penuntut UM dalam sarjana muda dan telah melanjutkan pelajaran sehingga peringkat kedoktoran di Western Michigan University, Kalamazoo dalam bidang psikologi. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai seorang guru sebelum berkhidmat di Universiti Malaya.

Beliau juga prnah menyandang jwtn sbgai Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) pd tahun 2003-2005 dan juga salah seorang Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia.Beliau merupakan seorang pengerusi bg jawatankuasa standard kelayakn dan latihan yang bertindak sebagai panel dalam kelayakan perlesenan kaunselor.

Jelas dapat kita lihat kesungguhan dan kepakaran beliau sangat berguna untuk masyarakat Malaysia terutama dalam bidang psikologi dan kaunseling.Beliau selalu dijadikan tempat bg mendapatkan nasihat, pandangan, bimbingan dan rujukan oleh masyarakat terutama pihak media.


Kehilangan beliau amat drasai bg kami warga UM. Tiada pengganti sehebat Allahyarham...

Al-fatihah.


No comments:

Post a Comment