Friday, November 30, 2012

Rezeki Di PeTAng JUmaat

Assalamualaikum wbt..
 Alhamdulillah dapat jari ini menari tuk mencoretkan sesuatu kat blog ni.. hehheheh..
Sudah lama x kumenulis ye..Rindu bangat sama kamoo. Petang Jumaat yang suram bagi cik yla hari ini...Suram? Kenapa yer? Cik Yla rasa keboringan sangat2.. Sampai xtahu dah nk buat apa.. Dari dalam rumah ke luar rumah..adoooiii boringnya.. Kat kampung bukannya ada panggung wayang... Lau ada sorang2 pun cik Yla p..hehhehe.. Nampak sangat boring kan..

Dalam duk mengadap lappy..duk baca blog situ sini... Tetiba ada orang datang umah bawak buah duku.. Alhamdulillah ada rezeki rupanya petang ni.. Terima kasih ye jiran..Sambil mngadap lappy boleh lah mulut ni makan buah.. Rezeki sangat minggu ni asyik dapat buah je.. ada jiran bagi buah manggis, duku , rambutan dan durian..Al maklumlah umah cik Yla ni mana ada kebun buah.. Suka sangat bila ada orang bagi buah.. Cik Yla kan penggemar buah,,

hah..ni lah rezeki Cik Yla petang ni.. mengadap lappy sambil makan buah dan sambil diganggu oleh ChaCha.. tgok lah si Chacha tuh..peyebukk tol..





Thursday, November 22, 2012

Servis K.O ????

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah....

Assalamualaikum wbt.. syukur ari ni dapat cik Yla mencoretkan sesuatu kat blog ni.. lamanya tinggal rindu sesangat.. Nak buat macam mana dah tanggungjawab Cik Yla kena jaga My Mom kat hospital. Alhamdulillah selama 4 ari berada di wad ari ni dah dapat kuar dah.. Setiap pagi cik Yla p hospital teman mak kat wad, lam kol 3 petang cik Yla balik umah tuk masak sbb abah cik Yla balik keje terus makan nasi.. biasalah abah cik Yla ni xsuka makan kat kedai..pagi2 pun bekalkan kuih dan nasi tuk abah. Lam kol 5.30 petang cik Yla bergegas lak p wad hingga kol 7. My MOm cik Yla xbagi temankan dye malam2 sbb katanya dye sihat..just kaki je sakit tapi masih leh bergerak.

Suka sesangat bila mak tepon gtaw dah leh pulang ke umah. Cik Yla p lah hospital pagi tadi nak amik mak, bila sampai sana, makcik sebelah katil mak gtaw yang tangan  Ma cik Yla berdarah teruk tadi masa nak masukkan ubat melalui jarum kat tangan. Misi pelatih yang cucuk ubat kat lengan kanan, pastu ubat x masuk betol2, lengan Ma cik yla bengkak dan menggelembung. Ma cik yla kata sakit..pastu penyelia misi pelatih tuh suh cabut jarum tuh then uat kat tangan kiri plak. Penyelia tu sendiri yang buat, last2 masukkan jarum kat lengan kiri, mcm mana ntah jarum tuh sampai bengkok dan percik darah. Banyak lak tuh.. cik Yla leh bayangkan macam mana Ma masa tuh.. mesti sakit sangat.. Semua patient kat bilik tuh terkejut tgok darah yang kuar, bukannya sikit, banyak lak tuh..habis kat cadar, baju misi , dan bju my Mom. Eeeeeee bila tahu sal ni asa nak mengamuk jer.. Teruk tol servis kat HOSMAC ni. Ingat mak cik Yla ni bahan eksperimen dorang ker..

Masa ma berjalan menuju ke kereta, tengok2 kaki ma berdarah dan kuar nanah..Ya Allah pucat muka Ma masa tuh.. cIk Yla bawak ma ke wad balik then rujuk kat kaunter jururawat.. Apa yang nurse tu buat...hurmmm amik kapas, plaster tampal tempat kaki Ma tuh.. pastu dye cakap, Makcik leh balik dah.. Amboiiiii geramnya aku.. Bukannya nak panggil Doc rujuk kes ni.. Cik Yla ajak Ma balik, insyaAllah esok atau lusa nak rujuk kat hospital lain plak.. Lau servis sama gak..terpaksa bawak Ma p hospital swasta.. 

Sebelom ni cik Yla dah bnyak dengar rungutan dari orang ramai tentang servis kat Hosmac ni.. Ramai yang x puas hati.. Bila cik yla update status FB sal servis hosp..ramai yang komen dan xpuas hati....hah tekan SINI. 
cik Yla mendoakan smoga Ma cik yla cpat smbuh dan seperti sediakala.. Sayanggggggggggg Ma.

lov U mOm

p/s : kepada misi2, doctor dan sebagainya...bagilah servis anda yang terbaik kepada pesakit..

Saturday, November 17, 2012

My FeVEREt

Salam pagi semua...

nyum..nyum..nyumm.. pepagi lagi cik Yla dah dapat buah manggis.. ni lah buah feveret cik Yla yer..Dari kecil sampai sekarang asa xpuas je makan buah ni.. Lau ada kebun buah manggis kan best.. Teringat plak masa tecik2 dulu, cik Yla n da geng nak p kedai mesti lalu kat umah jiran yang ada pohon manggis..hahahhaha.. mesti duk kutip buah yang dah jatuh.. Tuan dye ok je walaupun garang..tapi tyme kami lalu tuh mesti tuannya xde.. aiishhh nakal kan masa tecik dulu..

Masa duk kat asarama masa sekolah menengah, Mak cik Yla datang kat asrama bawak buah manggis..dye tahu anaknya suka makan buah manggis, banyak lak tuh bawaknya. Dalam 5, 6 kg jugak.. cik Yla suh kawan2 makan...tapi sumenya nk tido dulu.. Apa lagi cik Yla makan lah sorang2 sampai habis..kawan2 bagun tido tgok buah manggis dah habis..nasib lah yer..hehheheehehe.

Alhamdulillah ari ni cik Yla dapat makan.. mak beli 1 kg je.. ada 9 biji, cik Yla makan semuanya.. Maklumlah dah lama mengidam.. Banyak khasiat taw buah manggis ni.. korang leh klik kat SINI dan kat SINI lau nak tahu khasiat buah manggis dan kulitnya.. 

Selain tuh korang nk tahu isi dalam buah manggis ada berapa..korang leh tgok tapuk kat bawah buah tuh.. lau tapuk yang berbunga tuh ada 5 , kat dalam mesti ada lima jugak..ce tengok sebelom makan taw.. hah tgok cam lam pic ni yer.. ce bilang..

okeh selmat menjamu selera dengan buah manggis yer.. x puas makan..asa cam nk p beli lagi jer..hikhik..

okeh babai...

Friday, November 16, 2012

KEnduri Kendara Lagi..

Salam Jumaat dan Salam Maal Hijrah..( beloM terlambat lagi kan tuk diucapkan..hehehhe)

Lamanya Cik Yla x bukak belog ni.. dah Berhabukk... aiishhhh... rindu sesangat..tapi biasalah bila dah stop, nk menulis semula asa malas..p jauh2 pesaan malas...xsukaaaaaaaa..

Meh nak cite nape lama bebenor Cik Yla x berblog.. Ekceli p bercuti, balik dr bercuti bz plak dgn kenduri kendara situ sini..Bila balik je penat asanya nk bukak lappy ni.. Orang lain canggih manggih dah pakai gajet macam2, Cik yla hanya ada lappy ni jer pengubat rindu..hahahhahaa. Bersyukur lah apa yang ada.kan kan kan.

Alhamdulillah, smelam cik Yla sempat pergi 2 tempat kenduri kawen. Lau ikutkan ada 4 tempat kenduri semalam, tapi tubuh dah x larat, sempat pergi 2 tempat jer. Sorry lah yer kawan2 yang cik Yla x dapat nak mhadirkan diri..Ikutkan hati nk pergi je sume tempat, ye lah lagi pun kawan2 masa sekolah..lama x jumpa, tyme mcm ni lah kan leh jumpa.

 ni lah gambar kenangan bersama kawan2 cik Yla , dari kiri Yana, Ayumi, Su Na, dik La, Ja dan Cik Yla.     ( pengantin tuh adik kepada Ja. Lepas ni tinggal lah Ja yang belom kwin lgi..)


Kenangan bersama pengantin. Eh..Eh..eh sama plak warna baju cik Yla dengan pengantin kan.. kebetulan okeh.. xtaw lak tema pink..huhu

Sesudah balik dari Tumpat, cik Yla singgah plak kat Kemuning Machang.. p lah kenduri umah kawan masa sekolah rendah. Ingat kan dah xleh jumpa pengantin, maklumlah sampai pun dah petang.. Masa cik Yla sampai tuh, pengantin dah kuar bergambar kat luar, outdoor kata kan.. hurmm agak frust gak lah.. Masa nak balik tuh tetiba kereta benti tepi cik Yla, tengok2 pengantin dah smpai. Alhamdulillah sekurang2nya dapat berjumpa jgak..

 Hah..ni lah tuannya..cute kan.. Ros ni memang chubby masa dulu lagi..geramm nak cubit pipi dye.. cantik dengan persalinan warna merah ni..

okeh dah tamat cerita semalam, cerita hari ni plak, cik Yla pergi kenduri gak tapi bukan kenduri kawen okeh, kenduri kesyukuran..suami Kawan cik Yla ni bernazar masa isterinya mengandung.. Lau semuanya selamat isteri dan anak, nk uat kenduri kesyukuran..Alhamdulillah dah selamat tunai hajatnya itu..

 Yeaayyyy cik Yla akhirnya dapat jugak jumpa baby Aqil ni.. dah %bulan usai baby nii.. Gerammmm.. Pic yang Aqil nangis tuh sbb dah xtahan, matanya dah ngantuk..Ramai sangat tetamu yang datang asyik dukung baby..sampai penat dibuatnya...hheheheh

 Xlama lagi kuar plak baby sorang lagi.. yang berbaju hijau tuh dah nk due dah.. Kang neh 8 bulan dah..Semoga selamat semuanya..

Ni lah ibu baby Aqil..Cantik kan Mardhiah ni. Manis orangnya, ramah tuannya.. Kawan cik Yla masa sekolah menengah dulu.. babai baby Aqil, nnti Cik yla bagi hadiah plak yer bila jmpa nnti...

Cik Yla ni p kenduri kendara kawan2 je..bila lah nk merasa kenduri sendiri kan.. Sabarlah hati..ngeeeeeeeeeee


Akhir kata dari Cik Yla..kepada semua kawan yang melangsungkan perkahwinan semoga berkekalan hingga ke Syurga. amin..
&
Salam Maal Hijrah 1434. Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman..insyaAllah..amin..





Tuesday, November 6, 2012

HAppY birTHDAy





06 / 11/ 2012 merupakan tarikh ulang tahun kelahiran mentor cik Yla.. Di kesempatan ini cik Yla ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Hajah Siti Aluyah Bt Hj Mohd Ali. Semoga hajah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan semoga kehidupan Hajah diberkati dan dirahmati oleh Allah sentiasa. amin;

Beliau merupakan seorang Kaunselor Kanan di iNTEC Seksyen 17 di Shah Alam. Banyak kenangan cik Yla abersama Hajah, walaupun hanya kenal beberapa bulan, teteapi kami macam dah kenal lama. Hajah seorang yang sangat baik dan suka membantu pelajar. Cik Yla beruntung kerana dapat penyelia praktikal seperti Hajah. Banyak dapat belajar dan menimba pengalaman selama praktikal di tempat Hajah.Semoga Hajah terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.. Saaayaaang sgt kat Hajah. Thanks di ats segala perkongsian ilmu yang dicurahkan. Yla akan sentiasa ingat kata2 nasihat dari hajah..Semoga kita dapat berjumpa lagi selepas ini.

# gambar bersama Hajah di atas tuh semasa cik Yla memberi ceramah kat pelajar sambil dipantau oleh Hajah# heheeh...

Monday, November 5, 2012

GooD LUcK



 Hari ini bermulanya peperiksaan SPM. Cik Yla nak ucaplan GooD LuCK untuk semua calon-calon SPM. Buat yang terbaik yer. SPM menentukan arah tujuan kamoo semua selepas ini.

 Teringat pula masa amik SPM dulu.. punyalah berdebar dan takut.. tambah2 duk di asrama plak kan, berjauhan dari family.. Petang2 tpon kat family..masa tuh mana ada bawak fon ke sekolah.. Biasalah kena beratur panjang kat public fon.. hehehehe.. Budak2 sekarang ni mesti dah x merasa macam cik Yla dulu kan. Kang neh duk asrama pun leh bawak tepon dah.

Apa pun, cik Yla wish uolls gud luck 4 exam. Ingat pengorbanan ibu bapa, guru2 dan diri sendiri. Berilah kejayaan kepada diri sendiri kerana kejayaan ini akan menggembirakan kamoo.Jangan lupa solat hajat setiap hari yer..

Sentiasalah ingat pada pesanan ibu dan ayah anda. Mereka mahu anda semua menjadi manusia berguna. Berdoa itu penting okeh.. Jangan tension2 lagi. 
Usaha+ +Doa+Tawakal+ Redha = Kejayaan

GooD Luck!!

JAgung Crepe...

Assalamualaikum dan selamat pagi..

PAda pagi ni cik Yla bersemangat bangun sbb semalam bermimpi duk buat durian crepe.. hah!! tu diaaaa masuk lam mimpi dah sal desert ni. So pas solat subuh, terus amik barang yang dibeli semalam nak buat Jagung Crepe. Malas nk kupas isi durian, so guna isi jagung je lah.. tengah duk buat tuh.. mak sedara cik Yla datang..so apa lagi dye tolong lah buat jugak.. 

taraaa.. ini lah hasilnya.. cik yla letak lam bekas yg durian crepe ari tuh.. nmpak mcm tempah plak kan.. nyum nyum nyum.. xsabar nk merasa...

jom kengkawan makn jagung crepe plak.. 
nak anta kat my bff.. tu pun lau dye ada kat kedainya..Cik Ji ko kat mana?

 

Sunday, November 4, 2012

DuRIAn CREpe...

MAcam2 sekarang ni kan.. Durian Crepe lah.. Pavlova lah.. tapi lau dessert Pavlova memang best sesangat. Cik Yla makan Pavlova masa nk p temuduga kerja.. kawan yang bawak.. melahap kat atas bus..x hengat dunia duk makan..orang lain duk tengok jer.. ye lah lau ikutkan mana bley makan atas bus kan.. Ada ku kesah...hehehhe.

 meh2 nk cite sal durian crepe ni.Sebelum ni cikYla nak rasa sesangatlah apa rasanya durian crepe ni.. Kebetulan tgok fb kawan cik Yla ada mjual durian crepe ni.. apa lagi cik Yla order lah 2 set.. Satu kat umah dan satu lagi bagi kat kakak nak balik Terengganu. Sampai kat umah, Cik Yla try lah..nk makan pun jimat sbb 1 set ada 4 pcs jer. Cik yla makan 2 pcs, abah satu dan bagi kat mak sedara satu.. Maklumlah semuanya x pernah try durian crepe ni.. 1st time katakan..hehehehehe ketinggalan zaman tol. Okeh bila dah makan asanya sodapp jugak..Mak sedara pun nk try buat katanya.. Okeh ari ni cik Yla akan kuar p cari barang tuk buar durian crepe ni.. Isi durian dah ada dah. Cuma bahan2 lain lah yang perlu diacri.. Setelah meng'google2', jumpalah resepi durian crepe ni.. Macam2 resepi ada..lain orang lain caranya kan.. xpelah cik Yla try je resepi yang mudah dulu. Okeh nantikan durian crepe cik yla nanti yer..

ni yang cik yla order semalam..


#  kesian kat my mom, xdapat nak asa sbb durian crepe kan ada mengandungi telur, my mom xberani nak makan sbb kakinya luka kang neh, so takut bernanah lau mkn makanan yg ada telur. Maklumlah my mom ada kencing manis.. Hope kaki Ma cepat sembuh yer.. nnti leh makan durian crepe.. sayang Ma..lovelovelove..#

Saturday, November 3, 2012

yeaaaayyyyy

Salam tgahari yer pada sume..

Pagi tadi cik Yla duk membelek2 paper UTusan Malaysia. Bacalah tempat COM. belek punya belek, baca punya baca..terjumpa lah satu artikel kecil. kat Gejet & Klik.. Fuuyooo Blog dan laman web pilihan pada hari ni adalah blog Ben Ashaari .. oohh tahniah.. makin femes amos lah kan. Memang best pun baca Blog Ben Ashaari.. Santai habiss....tambah2 tgok Si Qhaliff yang cute mute tuh..

Okeh semoga kita semua dipanjangkan umo dan diberi kesempatan untuk berbicara di dalam blog masing2 yer.. amin..


Friday, November 2, 2012

kalau tidak boleh menggembirakan hati orang yang berduka, jangan ditambah laranya''

 Assalamualaikum..wbt.
TAdi cik Yla ada baca sharing dr FB Dr. Fauziah Mohd Noor. Sedih je baca nukilan dari Dr ni. Bila membaca dan berfikir balik, memang betul katanya.. isteri lebih banyak bekerja daripada suami. So kepada orang luar di sana jangan sesekali menghina, mengeji dan mengata kepada wanita2 yang telah menjadi janda, yang telah bercerai atau kematian suami dan ingin bernikah semula. Sebelum nak mengata, fikir2kanlah dahulu. Setiap manusia x sempurna, so kita sebagai umatNya, berdoalah sesama kita semoga setiap kita lalui dalam kehidupan ini sentiasa diredhai Allah.
Okeh kat bawah ni cik Yla copy n paste dari FB Dr. Fauziah.. Selamat membaca!!

Kenapa rushing nak nikah? Sedapnya mulut bercakap."

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak saya memberitahu rakan2 FB saya bahawa saya adalah seorang ibu tunggal sejak 4hb Julai 2011 dan akan bernikah dengan insan pilihan saya pada 10-11-2012 ini, saya dihujani dengan berbagai2 soalan. Ada yang bertanya, 'macamana kenal dengan bakal suami?", "berapa lama u kenal bakal suami?", "tak serik ka dengan lelaki?" dan soalan paling hebat dan menghiris hati saya ialah soalan, "kenapa rushing nak nikah? kalau u boleh bersabar 20 tahun, takkan u tak boleh bersabar setahun dua lagi.?"

Biar saya jawab dengan ikhlas dan saya mulakan dengan kalimah DEMI ALLAH..apa yang saya tuliskan ini adalah benar belaka. Pernikahan pertama saya adalah ketika saya berusia 23 tahun dan masih menuntut di Akademi Islam Uni.Malaya (1987-1991). Saya mengenali bekas suami saya melalui Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah w.persekutuan waktu itu, Ustaz Mohamad Ibrahim. Ustaz Mohamad Ibrahim yang kini bergelar Dato' dan bertugas di Melaka yang menjodohkan saya dan bekas suami yg merupakan kawannya di fakulti pengajian Islam, ukm.

seminggu mengenali dia, saya bersetuju untuk bertunang tapi dengan dua syarat yang dipersetujuinya. Pertama, dia mesti membenarkan saya menyambung pelajaran hingga ke peringkat phd kerana sudah ada cita-cita mahu menjadi pensyarah. keduanya, mesti membenarkan saya bekerja untuk meringankan beban keluarga saya yang miskin. Seminggu berkenalan, sebulan bertunang dan kmudiannya menikah dengan restu kedua-dua keluarga. Semasa bertunang selama sebulan tu, saya tidak pernah keluar dengan tunang saya. dan saya hanya hanya mengenali sikap dan sifat bekas suami saya hanya selepas bernikah. begitu juga dengan sikap dan sifat ahli keluarganya.

Kalau nak dikatakan rushing bernikah dan tidak kenal betul2 bekas suami saya, perkara tu dah berlaku ketika saya berusia 23 tahun. dan alhamdulillah perkahwinan saya bertahan selama 20 tahun dan dikurniakan 5 orang anak, 2 perempuan dan 3 org lelaki. Ramai yang berkata, anak dah 5 pun kata tak bahagia lagi? Kalau jumlah anak dihadikan kayu ukur kebahagiaan sebuah rumahtangga, maka kita tersilap besar. Kenapa? kerana ada perbezaan diantara kebahagiaan dan ketaatan. sorang isteri yang taat akan tetap mentaati suaminya walaupun di dalam hati terluka dengan sikap suaminya. Seorang isteri akan tetap melahirkan anak2 walaupun si suami tidak pernah memberikan apa-apa hadiah kepadanya yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan anak2 kerana anak2 itu sendiri adalah hadiah paling istimewa kepada seorang ibu.

Mereka yang tidak mengetahui kisah hidup saya sebagai isteri dan ibu kepada 5 orang chayamata memang boleh bercakap ikut sedap mulut dan mengatakan saya rushing nak bernikah semula. tapi mereka tidak tahu dan tidak faham, kenapa saya nak bernikah lain hanya selepas setahun lebih menjadi ibu tunggal atau janda 5 orang anak.

Mereka yang bercakap ikut sedap mulut ini tidak tahu bahawa saya sudah menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal sejak tahun 1993. Tahun saya mendpaat ijazah sarjana dan mendapat lesen kereta. sejak 1993, saya memandu kereta seorang diri ke sana dan kesini. Saya hanya menjadi menumpang di sebelah pemandu ketika pulang beraya di kampung saya dan kampung bekas suami. Sepanjang menjadi isteri kepada bekas suami saya selama 20 tahun, setiap kali saya mengandung, saya yang memandu kereta untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan melakukan pemeriksaan. Bekas suami hanya menghantar saya ke hospital pada hari saya nak bersalin dan hari nak mebawa pulang saya dan bayi saya ke rumah. Saya tidak pernah meminta bekas suami menghantar saya ke hospital kerana saya tahu dia sibuk dengan kerja2nya. Hinggakan ketika adik lelaki saya yang sakit sawan hendak ebrjumpa Dr pakar di Hospital Pulau Pinang, saya yang memandu kereta bersama anak2 yang masih kecil. saya yang memandu kereta walaupun perut sudah sarat 7 bulan waktu itu. Perlukah saya meminta ihsan seorang suami atau menjadi kewajipan dia membantu saya?

Dari anak2 kecil hingga besar, saya menguruskan anak2 dengan tangan saya sendiri. Dari menghantar ke nursery atau rumah pengasuh hinggalah mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Saya jugalah yang menghantar anak2 lelaki ke msjid untuk bersolat jumaat dn mengambil mereka sebelum balik semula ke pejabat saya di UIA. Bila anak2 demam dan tidak kesekolah, saya tidak pernah meminta bekas suami ambil cuti untuk jaga anak2. Saya yang menjaga mereka dan adakalanya membawa anak2 ke pejabat saya. Memberi mereka ubat demam sebelum berkejar ke kelas.

ketika Allahyarhamha emak saya sakit dan tinggal bersama saya di Gombak, saya yang membawa emak setiap hari ke pusat rawatan untuk mencuci luka kaki emak saya. Tidak pernah saya meminta bekas suami untuk membawa emak saya ke klinik, kecuali dua kali kerana saya sibuk memasak di dapur. Dan ketika saya membawa emak saya berubat, pernah ada lelaki bertanya, "kak, kenapa tak minta suami kak tolong bawa emak akak datang berubat?" Dan saya hanya menjawab, "Dia kerja tak dapat tolong akak".

Bila anak2 tinggal di asrama, saya yang menjenguk mereka setiap minggu without fail. cuma kdang2 saya meminta dia menjenguk anak2 ketika saya terasa amat penat. Tahu tak kenapa saya ceritakan semua ini? saya nak memberitahu mereka yang bertanya kenapa rushing nak nikah semula, "Saya sudah terlalu penat hidup seperti seorang ibu tunggal atau janda sejak sejak 20 tahun yang lalu. Saya sudah terlalu lelah....hinggakan ada masanya saya terasa ingin memejamkan mata untuk berehat selama2nya. Tapi demi anak2, saya kuatkan juga hati, kuatkan juga semangat dengan berbekalkan zikir, Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim".

Saya perlukan teman hidup bukan saja untuk menghilangkan kesunyian, tapi saya perlukan seorang suami yang dapat dijadikan tempat bergantung harap. bukannya seorang suami yang hanya yang memerlukan saya di waktu malam sahaja. Saya memang rushing nak bernikah semula sebab saya tidak tahu, berapa lama saya akan hidup. dan saya sudah amat lelah. Kepada mereka yang berkata kepada saya, kenapa rushing nak menikah , bolehkah anda datang membantu saya, tolong memandu untuk saya yang sudah lelah ini? Boleh tolong ambil anak2 saya di asrama termasuk di RAub setiap kali mereka akan bercuti panjang.?

Saya tidak memerlukan suami yang kaya raya...kerana saya wanita yang makan pakainya adalah seperti seorang wanita biasa. saya menolak hajat bekas suami yang ingin bernikah semula dengan saya kerana saya tidak perlukan seorang suami yang sibuk sebagai Ketua Penolong pengarah di sebuah jabatan kerajaan di LABUAN. Saya hanya mahukan seorang suami yang boleh menjaga saya dan anak2 sperti menjaga dirinya sendiri. Saya hanya mahukan teman berbual dan bercerita, bukannya suami yang hanya balik rumah sebulan sekali.

Jadi kepada mereka yang tidak faham kesusahan saya dan masalah saya selama ini, harap jagalah lidah anda bila bercakap dengan ibu2 tunggal atau janda seperti saya. Anda mungkin tidak pernah rasa dan tidak pernah lalui apa yang saya dan mereka rasa. kami ibu2 tunggal tidak perlukan simpati anda, cukup kalau anda mempunyai EMPATI...letakkan diri anda di tempat kami sebelum menghukum kami sebagai wanita yang gatal dan tak sabar2 nak bernikah lain. jangan sampai cemuhan anda kepada insan2 seperti saya, menjadi doa untuk anak2 perempuan kalian pula.

"kalau tidak boleh menggembirakan hati orang yang berduka, jangan ditambah laranya.'

wassalam,
Dr/madam Fauziah.
 p/s : tersentuh bc real story ni kan.. :)