Saturday, April 9, 2011

♥ ♥<< SeLAmat HAri LAhir Abah >> ♥ ♥


aLhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi krn ari ni ( 9hb April 2011), genaplah abah aku berusia 56 tahun..huhuhu. saya gmbira sangat sebab abah masih sihat walafiat dan dikurniakan untuk bersama kami sekeluarga. rindunya kat abah..lau aku ada kat umah bersama abah ni, msti dah uat suprise besday kat abah.. tp nk uat cmne kat umah tnggal abah ng ma jer..anak2 sume d perantauan..sorry abah.

walau camne pon, yla gmbira sngat sbb abh sngat baik hati walaupon abah seorang yang tegas.. memang x dinafikan kami adik beradik lebih rapat ng ma, sbb abh sorang yg garang. tp bla kami dah besar, baru kami tahu nape abah garang dan tegas sbb abah nk ank2nya sume berjaya lam hdup. alhamdulilah kami berjaya setakat ari ni. hanya tinggal akuu dan abg aku sorang je x kwin agi. sabar yer abah,..org nk hbiskan study n capai cita2 yang dah lama terpendam..heheh..abah pun tahu kan.

terima kasih abah segala pengorbanan abah dan didikan abah terhadap kami 6 beradik.. banyak sangat pgorbanan abah dalam membesarkan kami..banyak pengorbanan abah terhadap kami untuk membesarkan kami.. abh ng ma bkerja keras. ingat lagi dulu abah bkerja siang malam ( pagi kerja jkr, sbelah petang kja sukarelawan polis)  hari mggu abh tolong ma berniaga..wahh abah memang seorang yg kuat kan. thanks abah. skang lak, bla abah dah tamat tempoh lam polis, abh sanggup cri duit ng mengutip tin kosong dan besi buruk tuk dijual. xsngka abh, snggup uat kja ni sume.

oohh, dah banyk air mata aku mgalir ni.tetiba je sedey tulis sal abah...(T_T)

SeLAmat HAri Jadi abah. semoga Abah diberkati dan dirahmati oleh Allah sentiasa..amin. terima kasih di atas jasa dan pengorbanan abah slama ini..miss u abah.

Ya Allah, berilah kesihatan utk abahku ni. berikanlah kesejahteraan hidupnya dan berikanlah kebahagiaan kepada kami sekeluarga. aku pohon kepada Mu Ya Allah, panjangkanlah umur abahku, ibuku dan kami sekeluarga. Kurniakanlah kekuatan kpd abahku dalam menghadapi ujianMu yg akan datang. permudahkanlah urusan di dunia dan di akhirat.. 
Amin Ya Rabbal Alamin.

SELAMAT HARI LAHIR, ABAH



p/s : 
abah maafkan org yer atas apa kesalahan selama ini sama ada sengaja atau x sngaja. hehehe. org mtak ampun dari hujung rmbut ke hujung kaki. halalkan mkn minum org erk. org syg abh sngat2. love u abh..♥ ♥ ♥

                    ♥ ♥ ♥ aku, abah, ma dan kakak   ♥ ♥ ♥

                        ♥ ♥ ♥misz u abah..slamat hari lahir.♥ ♥ ♥

No comments:

Post a Comment