Monday, September 24, 2012

kahwin..kahwin..kahwin..


Assalamualaikum.....

Ada kisah yang hendak diceritakan pada semua...Petang tadi cik Yla ke pasar raya....cik Yla bersama Mom p beli barang.. Cik Yla sedang mendukung Syasya (anak buah yang cute mute..hehehe).. tetiba ada orang tegur..

cikgu      : Eehh awak..!!

cik Yla : (Tengok je orang tuh..dalm hati bertanya sape erkk..? Tetiba barulah teringat rupa2nya cikgu semasa Form6. Guru kelas plak tuh..adoooiii boleh plak aku lupa kan).. Terus menghulurkan tangan tuk bersalam dengan cikgu.

cikgu    : Anak awak ke ni? (Sambil tunjuk kat Syasya)
cik Yla : Eehh x lah cikgu.. Ni anak buah saya. Saya belum kahwin ag..
cikgu    : Ooo belum kahwin agi.. Ingatkan anak awak dah ni..Awak masih belajar ke?
cik Yla  : Saya  dah habis belajar, baru nk konvo..
cikgu    : Lepas konvo nanti boleh lah kahwin.. Mesti dah ada calon kan..?
cik Yla : (Aaiiyooo soalan cikgu..huhuhu).. Xkahwin lagi kot..Saya nak kerja dulu... (sambil tersengih-sengih mcm kerang busuk)

Bila jumpa cikgu, rasa malu plak..xtawlah kenapa. Jumpa lah kawan ke, cikgu ke, saudara mara, kawan Mom, kawan2 abah dan sesape mesti tanya dah kahwin ke? Dah nk kahwin ke? Bila nak kahwin? aaiiyakkk soalan ni lah membuatkan cik Yla rimas..tp terpaksa hadapi juga kan. Memang lumrah kehidupan apabila umur dah meningkat soalan ni lah akan ditanya orang.. Kawan2 jemput p kenduri perkahwinan mereka, mesti Cik Yla akan pergi yang mana sempat lah.. Tadi duk bukak folder pic yang lama2 terjumpa lak gambar2 kahwin kengkawan ni.. Mulalah teringat balik kisah berjumpa cikgu tadi..Memang betoll pon di usia ni perasaan nk kahwin tu memang ada, kadang2 cemburu tengok kawan2 dah kwin. Tapi xpe mungkin bukan masa cik Yla lagi kot nak kahwin buat masa ni.Sabar je lah dan berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan orang yang baik2 dan dapat membimbing Cik Yla ke arah kebaikan. amin. Kat bawah ni nak share pic2 lama dan baru yang cik Yla attend knduri kawin kawan2.

(2009 di Melor, Kota bharu)
Ni masa 2009, kenduri kawan satu dorm..kawan baik Cik Yla masa Sek.Men Teknik Kuala Krai 2003/2004. Pengantin dah pakai baju biasa dah..Eh eh eh  ce tengok muka cik Yla masa ni..gelapnya..hahhaha kena terimalah kenyataan. Sekarang ni dye dah ada 2 orang ank dah. X sempat nak kejar ni..kwin pom blom lagi..hurmmm.

 (2010 di Machang)
bersama Ain kawan semasa sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang bekerja di jabatan sama dengan my Mom. si Ain yang cute, bila marah dan suka muka merah jer..

(2010 di Negeri 9)
nampak x Cik Yla lam pic ni? Ni masa p kenduri kawan cik Yla, pengantin lelaki tuh. kahwin dgn Aida org Nogori.. Sekarang cik Yla pom berkawan dah dgn Aida ni seorang blogger jga taw. dahliasayang

 (2010 Machang)
Bersama kawan2 di Form 6. Masa ni kawan seasrama dan sebilik dah kawen dah..

  (2010 Gua Musang)
Di Majlis Perkahwinan Mok Chah. Satu dorm masa Form5.

  (2010 Machang)
Kawan sekampung dan satu geng bermian masa kecik2 dlu. Cik Yla balik kampung semata2 kenduri Nadiah ni. Balik 2 hari je, penat memang penat dari KL ke Kelantan..Drive sorang2 plak tuh..huh!! Tapi hepy tengok kawa mendirikan masjid.

 (2010 Machang)
Kawan cik Yla ni namanya Wani. My BFF masa Form3. tuannya kecik je tp cute.

  (2011 Machang)
Perkahwinan Amy.. Kawan masa sekolah menengah. Satu kelas  masa Form 2.

  (2011 Machang)
Pengantin ni namanya Akmar.. Kawan masa sekolah rendah lagi. Sekarang dah ada anak lelaki dah. 

   (2011 Machang)
pengantin perempuan dan lelaki ni dua2 kawan cik Yla. Cikgu vs Kastam..hehehe. Dah ada anak lelaki dah.

 (2011 Machang)
Hajar ni kawan masa sekolah rendah. Sekelas masa Darjah 6. Cantekk sngat make up masa kwin ni. Nurse vs Polis..hehehe.

(2011 Machang)
Cik Ji yang kusayang..my BFF dari sekelas masa sekolah rendah, sekelas masa sekolah menengah, se universiti. Kawan baik yang dikatakan kembar masa kecik2 dulu. Nak uat camne sama2 kurus.hahahah. cikji pon sorang bligger jgak taw. Miss sngt, lama x jumpa.

Pada tahun ni 2012, banyak jgak cik Yla attend kenduri kahwin, dan banyak jugak xdapat nk pergi disebabkan masa yang x mengizinkan. Maklumlah tyme belajar lagi.Lau ikutkan hati nak pergi je kat smeua majlis kahwin kawan..tp nk uat camne kan..hurmmm kat bawah ni pic kawin 2012.

eh eh eh..cik Yla dgn cikji agi upanya... kami bertiga ni kawan baik masa sekolah dan masa kat unibersiti..hehhehe.. dua2 dah kwin, tnggal cik Yla je blom kwin..

hah ni my BFF masa Sekolah teknik dlu. Ikah ni mcm kembar jgak taw..p mana2 berdua jer dgn dye..Dahlah sama2 pengawas pusat sumber, 1 kelas, 1 dorm dan sama2 kurus..hahhahaha.


Pengantin lelaki ni kawan Cik Yla masa Form6. Kiri kanan 2 macam kapel je kan. Baju hampir sama jer..no no no..kami x kapel k. Kebetulan je pakai baju wrna sama..

Cik Yla n de gang masa kenduri kawen Nor @ kak sekut. Nor ni masa sekolah dulu suka sngat makan biskut.. Lastly orang panggil dye dengan gelaran kak biskut..huhu..


Yang ni lak Kak Marini, sebelah bilik masa kat Kolej UM dlu. Senior cik Yla. Kang neh dah jadi Peg.Polis dah,..Alhamdulillah,..


So sekianlah kenangan cik Yla masa kenduri kawen kengkawan.. Ada lagi, tp xtaw kat mana dah pic lain.. Hurmm.. sekarang ni tgok pic kawan je..bila plak tiba giliran cik Yla kan...
 
 Ya Allah Ya Tuhanku,
Tenangkan Hatiku...Damaikan Jiwaku...berikanlah aku kasih sayangMu, Sesungguhnya Cinta ini hanya untuk Mu..amin..

4 comments:

  1. malu eh tgk gmbr sdri maso nikoh hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak malu gapo..aku nih sungguh malu, ce tgok mjlis mu ng lola, aku pkai bju sama..hikhik..comeylah make up cikji masa nikoh..ma aku oyak naik seri..

      Delete
  2. cik yla...
    thanks sebab sudi datang rumah kita. jauh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida...sesama yunk..demi angah dan Aida..hhehehe..best bila dapat bersama kawan2 masa sekolah dulu. Yla dapat jgak merasa kenduri orang N9. heheh

      Delete