Sunday, December 2, 2012

Tahniah!!!!!




Assalamualaikum wbt.. salam awal Disember.. 

Pejam celik pejam celik dah akhir tahun 2012 rupanya yer... Sekejap jer masa berlalu. Cik Yla asa macam baru je sambung belajar kat UM, rupa2nya dah jadi penganggur terhormat kat umah.. hehhehe. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari, jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat..Begitulah kehidupan kita di atas dunia kan.. Tidur bangun tidur bangun dah bertambah usia... Kadang2 bila difikirkan asa cam nak undur je waktu semula..hehehhe..

Ok lah sebenarnya Cik Yla bk ucapkan tahniah kepada Team Harimau malaya di mana telah berjaya dalam perlawanan malam ni menentang pasukan Indonesia.. Huh akhirnya Hariau dapat juga membenamkan Garuda. Sorry yer Garuda, tahun akan datang cuba lagi.. Alhamdulillah di atas doa semua rakyat malaysia, akhirnya Malaysia dapat ke separuh akhir.. Cik yla just dapat tengok kat TV je.. Lau ada kat KL kompem cik Yla p tengok kat stadium..Semangat wehhh..huhuhu.. Jika tengok kat status FB, masing2 duk cakap sal harimau malaya dengan Garuda. Semanagt bola tol kan rakyat Malaysia ni.. Malam ni kita dapat 2 gol kan... hebatdah tu harimau dapat membaham Garuda. Lau ikutkan semua orang risau bila kita bertemu pasukan lawan.. apa2 pun Tahniah kepada barisan pemain Harimau malaya. Good job. Perlawanan dgn Thailand nnti diharapkan semoga lebih baik lagi yer..Good Luck.!!


 

Selepas tengok bola, cik Yla tengok plak episod akhir Masterchef 2. Dah tinggal 3 orang peserta dah dalam ujian akhir ni.. penentu untuk memenangi Masterchef Malaysia kali ke2. Seorang perempuan dan 2 lelaki... Cantik plak tgok rambut Ah Hong malam ni..kemas jer.. baru nampak mcm chef.. hehehhe.. Yeaaayyy menang pada Izyan. Tahniah Izyan..Alhamdulillah masih peserta perempuan yang memenangi gelaran masterchef malaysia untuk kali ke-2. Jangan jelous yer para lelaki, Lelaki tetap hebat, tengoklah juri td majoriti lelaki. Kang neh pun lau p kedai makan, tukang masak mesti lelaki kan.. Aiiiyyooo ke mana hilangnya perempuan ni..? Tapi kan masterchef Selebriti dah diemnangi oleh lelaki gak..Okeh kita tunggu plak Masterchef akan datang plak yer.. 

 

Tahniah kepada semua pemenang pada malam ni. Harimau Malaya dan Izyan Masterchef..

 


No comments:

Post a Comment