Wednesday, January 2, 2013

GULAI KUNING TELUR ITIK

Assalamualaikum wbt...
Camne korang sume sihat ke? Tempat korang hujan ke x? Kat Kelantan asyik hujan jer.. Almaklumlah musim bah.. Kecian plak tengok budak2 sekolah yang baru masuk semalam kan, pakai baju baru, kasut baru, beg baru..semuanya lah yang baru, tapi basah dek hujan.. Nak uat camne kan. Tapi cik Lala lau ada adik suh pakai baju yg lama je... huhu

Hah ari ni Cik Lala nak kongsi satu resepi yer...
Lau kat umah cik lala bila tiba musim hujan mesti nak makan gulai ni.




GULAI KUNING TELUR ITIK


BAHAN2:
~ 4 biji telur itik 
( lau korang x jumpa telur itik, guna ayam pom boleh..tapi lebih sedap telur itik taw.)
~ 4 cawan santan
~ 5 biji bawang merah
~ 3 biji bawang putih
~ sedikit lengkuas
~ 1cm kunyit hidup
~ daun kesum
~ asam keping/gelugur
~garam secukup rasa

CARA2:
 1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi senhingga berbau wangi.
3. Masukkan santan, garam, asam gelugur dan serbuk perasa.
4. Bila dan mendidih, hah boleh lah pecahkan telur satu-satu taw. baru jadi sebiji2 lam gulai nanti.
5. Biarkan seketika, dan mendidih.. Jangan kacau selepas pecahkan telur, sbb nanti telur jadi hancur.
.6. Bila dah mendidih, boleh lah masukkan daun kesum.
7. Boleh tutupkan api dan boleh dihidangkan

nyum..nyum... bestnyaa.

 
ni lah stok telur itik kat umah kiter...kat sini jual 5 biji=RM2

ok selamat mencuba yer..
:)

2 comments:

  1. ya allah..wah feveret saya ni..dh lama tak jumpa lauk ni=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..my feveret jugak.. sedap kan gulai ni.

      Delete